Featured

Friday, 21 October 2016

MASKER ALAMI WAJAH TAMPIL ANGGUN

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat semua pembaca blog Achik.

Hari ini nak kongsi cara-cara membuat masker sendiri. Jadi, lepas ni tak perlu berhabis belas-belas ringgit untuk beli masker di Guardian atau Watson ye.

Masker ini hanya memnggunakan tiga bahan mudah yang boleh dapat di dapur:

1) Telur kuning. Untuk masker ini kita hanya perlukan sebiji.


Fungsi telur kuning ini adalah untuk menegangkan kulit dan mengurangkan minyak pada wajah.

2) Satu sudu minyak zaitun
Fungsi minyak zaitun adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit.

3) satu sudu kecil jus lemon. jus lemon ini boleh jug diganti dengan sebiji tablet VITAMIN  shaklee kerana kedua-dunya berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit wajah.



Gaulkan ketiga-tiga bahan diatas. Kemudian, ratakan masker tersebut ke kulit wajah. Inilah hasilnya.



 Tunggu dalam 15 minit ke 20 minit dan bilas. Anda akan rasai perbezaan.

 Tips untuk semua:

1) Sewaktu memakai masker ini, elakkan berjemur ditempat yang panas dan bematahari kerana ia akan menghilangkan khasiat masker tersebut.

2) Amalkan memakai masker 2 kali seminggu. Anda akan rasai kulit anda tampil sihat dan cerah.

Ok...sampai sini dulu. Achik nak pegi buat sekarag :-) SELAMAT MENCUBA

10 Fakta penting mengapa wajib ambil GLA

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Jumaat pembaca Blog Achik.

Hari ini Achik nak kongsikan fakta-fakta menarik tentang GLA.

#Fakta 1
GLA adalah Gamma-Linolic Acid sangat-sangat baik untuk tubuh badan kita. Menurut kajian, GLA boleh didapti dari tiga jenis sumber, seperti di bawah:
 1) 17%-25% dari Borage Seed
2) 15%-20% dari Blackcurrent
3)&%-10% dari Evening Primrose Oil.

Untuk pengetahuan semua GLA Complex Shaklee dibuat dari Borage Seed yang mana merupakan penyumbang terbesar GLA dan tiga kali ganda tinggi bioavailibility dan keberkesanannya berbanding sumber yang lain.



#Fakta 2
Tahukah anda GLA adalah penawar  terbaik  mereka yang mengalami PMS, kitaran period tidak teratur, masalah cyst dan lambat mendapat anak.

#Fakta 3
GLA membantu merawat ulser, menetang virus, melegakan kelesuan, dan menghilangkan kebas urat saraf

#Fakta 4
GLA merangsang pembentukan prostaglandin untuk kawal hormon lelaki dan wanita.

#Fakta 5
GLA membantu memperbaiki keadaan menopause seperti insomnia, depresi dan hot flashes

#Fakta 6
GLA mampu merendahkan paras kolestrol LDLdan menghalang penambahan berat badan dengan berkesan

#Fakta 7 
GLA membantu merendahkan paras gula dalam darah. Jadi, GLA sangat baik untuk pesakit diabetic, kanak-kanak auitisma dan hiperaktif

#Fakta 8
GLA merawat inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan kulit kering, tinea dan kurap.

#Fakta 9
GLA juga adalah anti-oksidan yang membantu meninggikan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

#Fakta 10
GLA membantu meringankan sakit dan bengkak akibat rhematisma dan athritis.


DAPATKAN GLA OMPLEX ANDA HARI INI

MESSAGE OR WHATSAPP:019-3249285 -ACHIK SEDIA MEMBANTU

Wednesday, 19 October 2016

Fari I

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Merah warna mentari,
Kelam lalang bawah titi,
Ingin aku bawa diri,
Lari jauh dari realiti.

Mentari bahang membakar pipi,
Sejukkan diri ditepian kali,
Tolong sedarkan aku dari mimpi,
Aku mahu diriku dulu kembali.

"Fari, nah makan" 
"Hari ini genap 7 tahun Fari kemalangan. "
"Tahu pun. Entah bila awak boleh normal. Kesian aku tengok ayah dengan mama jaga awak."

Fari sentap. terus berhenti mengunyah.

"Apasal berhenti makan. Cepat betul sentap"
"Fari tak minta pun jadi macam ni."
"Ye... aku tahu. tapi kadang-kadang tu semua orang penat jaga awak. Layan karenah awak. Itu yang kadang-kadang lepas stress kat awak. Dah makan cepat. Aku nak basuh pinggan. Hari ni jangan buat perangai mengamuk dan sentap awak lagi. Buat, siap awak."

Seusai makan, Fari bersendirian lagi. Mama, ayah dan adik beradik yang lain meneruskan rutin harian mereka. Tiba-tiba dengar hilai tawa adik berdaik kat luar. Api cemburu Fari terhidup semula. 

"sabar Fari" monolog Fari dalam hati.

"Mama, ayah, dan adik beardik, maafkan Fari, Fari tahu Fari kuat mengamuk dan sentap. Sebab Fari cemburu. Fari tak mam dulu. Fari dah tak boleh bergerak. semua orang anggap Fari beban. Semua orang dah tak nak bergaul dengan Fari macam dulu. Fari cemburu. Itu yang Fari mengamuk dan sentap. Ya, Allah bila aku akan boleh kembali seperti dulu? Aku sayangkan keluarga aku. Aku tak mahu mereka anggap aku beban."Monolog Fari lagi.

Untuk menghilangkan stress dan sakit hatinya, Fari terus mencapai handsetnya jenam Nokia lama disebelah menggunakan satu-satunya tangan kirinya yang boleh begerak dengan baik, lantas memasang lagu yang ada di dalam handset tersebut.

Fikirannya khayal dan lantas dia tertidur. 

Akan bersambung....
-------------------------------------------------------

VITALEA Shaklee vitamin tertua di dunia?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk blog Achik hari ini agak mengujakan sikit.

Tahun 2016 ini, Vitalea telah wujud selama 101 tahun di dunia. Sebelum Achik menceritakan sedikit sejarah terciptanya Vitalea Shaklee ini, Achik teruja sangat nak kongsi gambar Vitalea Shaklee 101 tahun yang lalu. Jangan terkejut. Vitalea Shaklee 101 tahun yang lalu adalah berbentuk cecair di dalam botol ala-ala minyak Mestika.

Vitalea 101 tahun yang lalu
Sejarah Vitalea Shaklee

Vitalea Shaklee ini merupakan vitamin yang dicipta oleh pengasas produk kesihatan Shaklee iaitu Dr. Forrest  C. Shaklee. Vitalea dicipta pada tahun 1915 dan pada mulanya Vitalea ini dipanggil Vitaliza-Mineralize. Untuk info semua, Achik baru tahu vitamin yang kita selalu sebut adalah singkatan bagi Vitamin-Mineralize yang telah disebut sejak 101 tahun lagi.

Dr. Forrest C. Shaklee

Terciptanya Vitalea ini kerana Dr. Forrest C. Shaklee sedar bahawa gabungan ilmu sains dan semulajadi adalah penawar beaik untuk kesihatan manusia.

Apa yang Anda harus tahu tentangVitalea Shaklee

Packaging Vitalea sekarang dalam tablet
1) Kecanggihan teknologi telah merubah rupa Vitalea dari bentuk cecair kepada tablet. Jadi, kepada pengguna yang kurang gemar dengan vitamin cecair, jangan risau kerna Vitalea adalah berbentuk tablet. Selain itu, ia mudah untuk dibawa kemana-mana.

2) Meski berubah kepada bentuk tablet, kualiti minerals yang berada dalam Vitalea masih lagi sama. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari buah-buahan. 

3) Mengandungi 28 minerals dan vitamis, yang mana 12 vitamins dan 7 minerals di dalam Vitalea ada dalam senarai yang disarankan oleh US  Recommended Dietary Allowane (US RDA).

4) Tablet Vitalea adalah 100% semulajadi dan mengandungi teknologi salutan micro. Jadi, ia sangat mudah larut air dan diserap oleh badan dengan cepat.

5) Vitalea menjalani 340 ujian kawalan mutu

6) Vitalea sangat "user friendly" dengan semua lapisan umur. Vitalea for children juga telah diwujudkan memandangkan kanak-kanak sangat memerlukan Vitalea untuk tumbesaran mereka.

7) Kandungan Iron yang tinggi sangat baik untuk ibu yang hamil, pesakit Anaemia dan mereka yang mengalami pendarahan besar.

8) Center For Science US telah anugerahkan Vitalea sebagai The Bets Multi-Vitamins di dalam Public Interest pada tahun 2000.

9) Kajian menunjukkan pengambilan Vitalea secara berterusan selama setahun 
mampu mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%.

Sampai sini Sahaja. Hidup sihat dengan Vitalea.


Tuesday, 18 October 2016

Always in my heart

Year 2014-2016

Friends
Remember our first time meeting

Discussion room was the place

“Hai, I am Atiq”
“Hai, I am Mahi”
“Hai, I am Su and this is my best best friend Sofy”
“Hey, we know both of you. You are Izah and you are Korean beautiful student right? What semester both of you now?”
“She’s not Korean. She is Khoo and Malaysian. We are in second semester already.”

Remember how we spend our time together

·         -We had to move from Blok Kelah to haunted KMR

In the afternoon,
“Ahhh, its heavy. Why must we move?”
“Sabar ye awak. No choice. Our Collage is under maintenance”

At night
“Dengar tak ape yang saya dengar?”
“Bilik sebelah kan tak da orang. Kenapa bunyi barang bergerak.”
“ye la. Saya nak tidur sebelah awak malam ni”

·         We went to Cinema to watch Lucy

At INSPEM
“Hurry up. Its already five. Lambat nanti Trafic jam”
‘Ok2 . Let’s move”

After Cinema
“Why Lucy become pendrive?”
Semua termenung panjang.

·         We excited to watch Oujia

“It’s so scary”
Tutup mata.
“I wish everyone died in this story”

·         Rooftop Prince Drama Korean series is our favorite list

“huhu, why? Why? Why the little sister must die. I want her to live and marry the Prince”
“Oppa, marry me please”

·         Every Wednesday night we cry because of tomorrow we need to present our research prof in front of our Prof

With roommate Atiq, in Room H 433
“Oh My God, tak siap lagi ni. Tak de progress. What should I do Atiq? I wish I have a strong fever that I can’t meet my Prof tomorrow”
Atiq with smile said, “Tu la tengok korea banyak sangat. Buat research sekarang!”

·         Went to INSPEM Weekly Seminar

Friday on the first week
“ Budak-Budak Inspem sila turun ke Seminar sekarang. Hari ini Bihun Singapore tambah Sirap limau ais”
“Sofy jom pegi. Sedap tu”.

Friday on the second week
“En. Amirul, What is today menu?”
“Karipap je”
“tak pe la. Saya dah Kenyang”

·         And many more

Now, in 2016, we are with our own path

“Khoo, congrats. You be a teacher now”
“Izah, tahniah.  Dah Viva. Nanti stay Pahang ke?”
“Su, Congrats. Kau buat ape Kat KLIA 1 sekarang?”
“Sofy kat Shah Alam sekarang.”
“Mahi, gud luck tau PhD”

Walaupun kita dah berjauhan sekarang, kenangan kita sepanjang master tetap subur di hati.
Terima kasih, friends.
Tanpa anda semua perjalanan master saya tak berwarna.
Till we meet again.
#Konvo22October2016sesipetang


Monday, 17 October 2016

Cerekarama Seram Santai Nenek Snow White dengan Shaklee

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Di sinilah kisahnya bermula...

"Budak jerawat...budak jerawat.."
"eeii...gelinyer muka kau...menakutkan...macam Ogre"




Itulah ejekan yang selalu dikenakan kepada Lina (bukan nama sebenar). Lina seringkali menangis kerana ejekan tersebut. Lina adalah seorang remaja sekolah menegah. Asalnya kulit Lina licin. Namun, akibat dari kemalasannya dan pengabaiannya menjaga dan merawat kulit, kulitnya semakin hari semakin kusam dan jerawat mulai tumbuh di sekitar wajahnya. Pada mulanya, Lina merasakan masalah tersebut adalah masalah kecil kerana Lina merasakan jerawat tersebut akan hilang dengan sendirinya. Namun, tidak. Setelah itu,  Lina mencuba pelbagai jenis produk untuk menghilangkan jerawat, namun hasilnya kosong. Mungkin silap Lina kerana tidak menjaga wajah Lina dahulu.


Pada suatu malam, untuk menghilangkan stress, Lina berjalan-jalan di sekitar kawasan luar rumah apartmentnya. Lina mengharapkan pada malam itu dia akan bertemu dengan seseorang yang baik hati untuk mengkongsikan solusi kepada masalah jerawatnya. Ralit Lina berjalan, tiba-tiba dia dia ditegur oleh seorang nenek tua, ala-ala watak nenek tua dalam cerita "Snow White". Lina sangat takut.

"Lina....Kau nak ke mana tu?"
"O ..Nenek Kau Snow White."
"Aku memang Nenek Snow White."
Nenek tua itu mengeluarkan sesuatu dari kocek jubahnyer yang hitam.
"Nenek maaf nenek. Saya rasa nenek salah orang ni. Saya bukan Snow White yang dicari nenek."
"Aku bukan cari Snow White. Aku nak kongsikan sesuatu dengan kau"
Nenek itu meneruskan pencariannyan pada kocek jubahnya.
"Nenek, kalau Nenek nak tunjuk epal beracun, saya tak nak Nenek".
"Bukanlah, tapi ini, Set Gorgeous Shaklee. Memang berbaloi. Yang ini pula set Nutriwhite yang memang sangat puas hati setelah memakainya."
Gorgeous Set

NutriWhite

Lina sangat terkejut dan teruja.
"Kau nak tengok kesannya."
Nenek itu tiba-tiba berubah menjadi sangat cantik. Memang kalah Snow White.


"Cantik kan aku. Kalah Snow White. Aku tak perlu bayar Huntsman untuk bunuh dia sebab aku adalah Wanita paling Cantik. Kalau kau nak cantik macam aku, aku sarankan kau ambil nombor  ni (tertera di bwawah) dan order dengan pengedar dia.

P/S: jika anda semua berminat untuk tahu lebih lanjut apa itu set gorgeous dan nutriwhite Shaklee, jangan segan silu untuk whatsapp  Suria; 019-3249285. Saya sedia membantu.

"Baik Nenek, terima kasih." Lina merasa sangat teruja. Malam itu juga Lina whatsapp pengedar Shalee tersebut.

Setelah beberapa minggu pengambilan shaklee, Lina merasa perubahan pada kulit wajahnya. Jerawat semakin kecut dan kulitnya semakin cerah. Lina merasa sangat gembira. Hasilnya sekarang, Lina memiliki wajah yang cantik dan anggun. Ramai yang memilih untuk dekat dengan Lina.

Terima kasih Shaklee kerana telah mengubah hidup Lina!! Kerana diriku begitu berharga.

Saya

Gambar di atas adalah wajah Lina sekarang.


P/S: Lina adalah diri saya suatu ketika dulu. Seseorang yang sangat rapat dan sayang pada saya telah memperkenalkan Shaklee pada saya. Saya sangat teruja dengan kesannya.
Terima kasih sangat-sanagt kepada seseorang itu. Muah..Muah..:-)



Sunday, 16 October 2016

CANTIK ITU PILIHAN ATAU ANUGERAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



"Beb, cantik siot minah tadi. Kulit dia "flawless" gile. Hidung mancung dah macam ala-ala Pakistan. Tinggi lampai ala-ala artis Neelofa."

,"Mana tak nya wei, Mak dia kan Pakistan. Tu yang cantik."

"Untung la dah dianugerah cantik. Kita hmm...."

Hari ini Achik nak bahaskan isu kontroversi, cantik itu pilihan atau anugerah. Rata-rata orang mengatakan cantik itu anugerah jika seseorang itu mempunyai baka yang semulajadi cantik atau"mix". 

Tapi hakikatnya cantik juga boleh jadi pilihan jika kita pilih untuk menjadi cantik. Disini, achik ingin kongsikan beberapa tips bagaiman menjadi cantik jika anda memilih untuk menjadi cantik.

#Tips 1. Pastikan tubuh badan kita mendapat khasiat yang sempurna melalui diet yang sihat.

Diet yang sihat akan memberikan khasiat yang cukup. Khasiat yang cukup menyerlahkan kecantikan luaran. Bagaimana ia berlaku? Contohnya tubuh anda mendapat Vitamin C yang secukupnya. Secara saintifik, Vitamin C  berfungsi untuk memerangi kerosakan radikal bebas di dalam dan di luar sel. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting untuk memastikan keutuhan kolagen dalan badan kita. Kolagen yang utuh dan ketiadaan radikal bebas menyebabkan kulit kita tampil cantik dan sempurna. 

Namun hari ini, lambakan "junk food" dan produk makanan sintetik menyukarkan kita untuk mendapat khasiat sempurna untuk badan. Shaklee menawarkan produk supplemen kesihatan berasaskan alami yang memberikan khasiat yang secukupnya setiap hari untuk badan, 

Kat sini, achik sangat teruja untuk kongsikan GORGEOUS SET shaklee, bagi yang menginginkan kulit yang cantik. 
-Gorgeous Set: Vit C plus, Vitalea, ESP dan GLA.

#Tips 2. Merawat dan menjaga kulit wajah dan badan dengan produk kecantikan yang TIDAK BERBAHAYA.

Penjagaan kulit wajah adalah sangat penting memandangkan kulit wajah adalah bahagian yang paling mudah terdedah kepada sinar UV, habuk dan pelbagai lagi. 
-Pastikan set penjagaan wajah yang digunakan bersesuaian dengan jenis kulit muka (berminyak, kering, normal atau kombinasi) dan yang paling penting tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
- bersihkan kulit wajah selepas melakukan aktiviti luar dan sebelum tidur
- memakai pelembap setiap pagi dan sebelum tidur.
-memakai "sunblock"  apabila melakukan aktiviti luar.
-melakukan scrubbing 2 kali seminggu. Scrubbing adalah penting untuk membuang sel-sel kulit mati. 
-Elakkan memakai produk penjagaan kulit yang bercampur dan elakkan kekerapan menukar produk.


#Tips 3. Dapatkan postur badan menarik dengan memperuntukkan waktu untuk bersenam.

Achik sekarang tengah teruja untuk mengempiskan perut, pinggul dan kaki, sebab sekarang achik tengah merancang untuk mendapat postur badan cantik, hehehe. Sape yang kenal ahik, mereka tahu achik agak chubby sedikit.  Dari pembacaan Achik senaman squat yang berterusan untuk setiap hari akan memberikan kesan yang paling cepat. Jom kita bersquat challenge. Hari ini achik dah buat squat 55 kali. Esok nak up lagi.



OK, sampai sini dulu.

Tuesday, 31 May 2016

FARI

Intro:"What you give, you get back"




Rasa geram dan tertekan menguasai jiwa. Kemarahan membuak-buak menyelinap ke seluruh urat saraf.
“Mana pen aku Kak Muni!!!” Tengking aku.
“Tak tahu. Pen letak mana.”  Jawapan sama diberikan setiap kali aku menengking di mana pen aku. Habis semua barang aku sepahkan. Kak Muni hanya memandang dengan mata yang kurang berpuas hati. Manakan tidak, barang-barang yang disepahkan oleh aku, baru sahaja dikemas oleh Kak Muni sebentar tadi.
“Apa pandang-pandang. Carilah!” Tengking aku.
Beberapa minit selepas itu, ayah dan ibu ku pulang ke rumah. Mereka terkejut melihat keadaan rumah yang bersepah. Ayah memandang aku untuk satu penjelasan.
“Kak Muni buat hilangkan pen kawan Fari.” Kata aku.
“Mana Fari tahu Kak Muni buat hilang. Takut Fari letak kokse.Dah tak jumpa. Beli baru.” Kata ayah aku.
“Tak nak beli baru. Nak pen tu juga. Cari KaK Muni!”
“Degilnya. Dah tak jumpa dah lah! Kak Muni tu istimewa. Dia mana kenal pen kawan awak pun.” Kata ayah aku dengan nada agak tinggi.
“Ni susah ni ada kakak cacat otak macam ni. Aku benci Kak Muni!”Tengking aku.
Lantas, aku halakan sebiji penumbuk ke arah cermin tilik milik Kak Muni. Cermin tersebut pecah berderai.
“Cermin aku..” Kata Kak Muni sambil menangis. 
“Fari, awak pecahkan cermin Kak Muni! Buatlah macam tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.” Kata ayah.
 Aku ambil kunci motor dan keluar.
 Pen Biru GSOFT milik kawan ku, yang aku pinjam hilang. Aku yakin Kak Muni yang hilangkan semasa dia mengemas meja belajar ku. Kak Muni, satu-satunya kakak yang dilahirkan istimewa dalam keluargaku. Kak Muni punyai fizikal yang normal. Tetapi dilahirkan dengan akal yang cacat. Disebabkan itu, dia tidak dapat bertutur dengan baik dan lambat. Namun begitu, dia banyak menolong ayah dan ibuku dari segi mengemas rumah, lipat baju dan sapu sampah. Kak Muni kemas rumah dengan sangat rapi. Tetapi, kelemahanya, dia sering termisplace. Bila ditanya balik, Kak Muni tak tahu di mana barang itu dia letak sewaktu mengemas.
--------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya, Allah. Kejamnya aku. Aku kena minta maaf balik ni.” desis hati. Aku akui aku jenis yang cepat naik angin bila barang aku hilang. Tapi aku tak tahu kenapa hari ini aku over sangat. Hanya kerana sebatang pen, aku pecahkan cermin kakakku. Balik nanti aku kena minta maaf  dengan ayah, ibu dan Kak Muni.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi Jumaat yang indah. Seminggu selepas kejadian di atas berlaku. Detik keramat buat aku dan keluarga. Aku ditimpa kecelakaan jalan raya. Aku dilanggar sebuah bas sekolah. Aku koma selama hampir 3 bulan lebih. Dan bila aku sedar, seluruh tubuh gagal berfungsi disebabkan kecedaraan otak sebelah kiri yang serius. Lama juga masa yang aku ambil untuk semangat aku pulih dan kembali waras. Sekarang, alhamdulillah, meskipun aku masih belum dapat bergerak dengan sempurna, keadaan aku makin baik.
Terserah untuk semua pembaca menilai cerita ini rekaan atau benar berlaku. Cuma kat sini aku nak bagitau, setiap kali aku tengok tangan aku,  aku akan teringat kata ayah :Fari, awak pecahkan cermin Kak Muni! Buatlah macam tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.



Tuesday, 2 February 2016

12 November 2008: Kami sekufu

Taman syurga dibawah Kak Khadijah berjalan dengan baiknya. Kesemua ahli-ahli Taman Syurga memberi komitmen yang teramat baik.
" Memang betul kata Ukhti Marini. Anak-anak remaja memang lembut hatinya kerana jiwa mereka masih suci. Ya Allah, Kau pemilik segala kekuatan. Kau kuatkanlah adik-adik taman syurgaku untuk terus tsabat di jalan Mu. Berikan mereka CintaMu. Kurniakan mereka kefahaman dan jadikan mereka pejuang-pejuang agamamu."


Sunday, 17 January 2016

12 MEI 2008: STOCKING

12 Mei 2008- Detik bersejarah buat aku. Buat julung-julung kalinya berjauhan dengan keluarga. Aku menerima tawaran ke matrikulasi yang jauhnya nun di utara. Dan detik ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri utara.

...........................................................................................................................................................

Tempat: Masjid Hijau Matrikulasi

Masa: Petang setelah habis kelas



Seusai solat Asar di Masjid Hijau Matrikulasi, aku bersandar di dinding untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba aku disapa dengan lembut oleh seseorang yang bertudung labuh biru laut.
"Assalammualaikum dik. Akak ada buat sesi taman syurga sekarang ni. Kat hujung sana," sambil tangannya menujuk ke suatu sudut di penjuru masjid. Di situ terdapat beberapa orang lagi yang sedang duduk di dalam bulatan dan memakai kain sembahyang.

" Kalau  free sekarang, boleh join taman syurga akak. Jom." Dengan senyum manis.

"Taman syurga," desis hatiku sambil tersenyum.

" Saya free. Jom." Dengan membalas senyuman.

Masa: Dalam rancak sesi tazkirah

 Seusai sesi taaruf dan tilawah Quran, taman syurga kami bermula.

" Taman syurga hari ini akak ingin kongsikan pasal aurat. Siapa tahu aurat wanita bermula dari mana hingga ke mana?" tanya Kak Khadijah dengan memandang kami.

"Saya tahu akak." kata Aini sambil mengangkat tangannya.

" Mengikut Mazhab Syafie, aurat wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan,"sambung Aini lagi.

"Tepat Aini. Jadi semua maklum aurat wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang setiap orang ambil satu helaian kertas ini dan beri komen tentang pemakaian karikatur dalam kertas tersebut. Mungkin Ikin boleh mula dulu." kata Kak Khadijah sambil meleretkan matanya yang bundar ke arah Ikin.

"Karikatur yang saya dapat memakai tudung tapi sayangnya baju yang dipakai ketat. Ibaratnya seperti yang dikatakan dalam satu hadis, wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang." terang Ikin dengan penuh semangat.

" Karikatur yang saya dapat pula pakaiannya lega dan baik tetapi tudungnya bersanggul bagaikan bonggol unta." terang Fateha.

"Karikatur saya pula serba sempurna. Tudungnya tidak berbonggol unta dan menutup dada, manakala pakaiannya sempurna mengikut syariat." terang aku.

"Jadi kita boleh buat konklusi karikatur yang dipegang oleh Mona paling menepati syariat. Cuma karikatur itu tertinggal satu benda yang menyebabkan auratnya masih terbuka. Siapa boleh teka benda apa?" sambung Kak Khadijah.

Semua senyap dan memandang Kak Khadijah dengan pandangan penuh tanda tanya.

" Gayanya semua tidak tahu." Kata Kak Khadijah dengan sedikit tersenyum.

"Jawapannya kaki. Seperti yang kita tahu aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Jadi, kaki adalah satu anggota yang wajib ditutup. Untuk itu kita diwajibkan memakai sarung kaki untuk menutup kaki kita. Sewajibnya sarung kaki yang tebal yang tidak menampakkan warna kulit kaki ( jarang). " sambung Kak Khadijah.

Aku dan ahli-ahli taman syurga sedikit terkejut dengan penjelasan Kak Khadijah. Kewajiban memakai Stoking atau sarung kaki merupakan pengajaran baru bagi kami. Rata-rata kami daripada sekolah menengah harian tidak tahu wajibnya menutup kaki meskipun kami belajar perihal aurat dalam matapelajaran Agama Islam di sekolah menengah dahulu.

Persoalan yang bermain di benakku; apakah kami sangat bermain- main di sekolah sampai kami terlepas pandang kewajiban menutup kaki? atau apakah guru-guru kami terlupa untuk menyampaikan perihal wajibnya menutup kaki? atau apakah sistem pelajaran Malaysia terlupa menekankan perihal wajibnya menutup kaki?

"Nampaknya semua sudah maklum perihal aurat dan wajibnya menutup kaki serta berpakain mengikut syarak dan sempurna. Jadi, akak doakan kita diberi kekuatan untuk berpakaian dengan mengikut syariat dan sempurna. " kata kak khadijah.

TAMAT




Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates