Wednesday 19 October 2016

Fari I

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Merah warna mentari,
Kelam lalang bawah titi,
Ingin aku bawa diri,
Lari jauh dari realiti.

Mentari bahang membakar pipi,
Sejukkan diri ditepian kali,
Tolong sedarkan aku dari mimpi,
Aku mahu diriku dulu kembali.

"Fari, nah makan" 
"Hari ini genap 7 tahun Fari kemalangan. "
"Tahu pun. Entah bila awak boleh normal. Kesian aku tengok ayah dengan mama jaga awak."

Fari sentap. terus berhenti mengunyah.

"Apasal berhenti makan. Cepat betul sentap"
"Fari tak minta pun jadi macam ni."
"Ye... aku tahu. tapi kadang-kadang tu semua orang penat jaga awak. Layan karenah awak. Itu yang kadang-kadang lepas stress kat awak. Dah makan cepat. Aku nak basuh pinggan. Hari ni jangan buat perangai mengamuk dan sentap awak lagi. Buat, siap awak."

Seusai makan, Fari bersendirian lagi. Mama, ayah dan adik beradik yang lain meneruskan rutin harian mereka. Tiba-tiba dengar hilai tawa adik berdaik kat luar. Api cemburu Fari terhidup semula. 

"sabar Fari" monolog Fari dalam hati.

"Mama, ayah, dan adik beardik, maafkan Fari, Fari tahu Fari kuat mengamuk dan sentap. Sebab Fari cemburu. Fari tak mam dulu. Fari dah tak boleh bergerak. semua orang anggap Fari beban. Semua orang dah tak nak bergaul dengan Fari macam dulu. Fari cemburu. Itu yang Fari mengamuk dan sentap. Ya, Allah bila aku akan boleh kembali seperti dulu? Aku sayangkan keluarga aku. Aku tak mahu mereka anggap aku beban."Monolog Fari lagi.

Untuk menghilangkan stress dan sakit hatinya, Fari terus mencapai handsetnya jenam Nokia lama disebelah menggunakan satu-satunya tangan kirinya yang boleh begerak dengan baik, lantas memasang lagu yang ada di dalam handset tersebut.

Fikirannya khayal dan lantas dia tertidur. 

Akan bersambung....
-------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates