FARI
Intro:"What you give, you get back"
Rasa geram dan tertekan menguasai
jiwa. Kemarahan membuak-buak menyelinap ke seluruh urat saraf.
“Mana pen aku Kak Muni!!!” Tengking
aku.
“Tak tahu. Pen letak mana.” Jawapan sama diberikan setiap kali aku
menengking di mana pen aku. Habis semua barang aku sepahkan. Kak Muni hanya
memandang dengan mata yang kurang berpuas hati. Manakan tidak, barang-barang
yang disepahkan oleh aku, baru sahaja dikemas oleh Kak Muni sebentar tadi.
“Apa pandang-pandang. Carilah!”
Tengking aku.
Beberapa minit selepas itu, ayah
dan ibu ku pulang ke rumah. Mereka terkejut melihat keadaan rumah yang
bersepah. Ayah memandang aku untuk satu penjelasan.
“Kak Muni buat hilangkan pen
kawan Fari.” Kata aku.
“Mana Fari tahu Kak Muni buat
hilang. Takut Fari letak kokse.Dah
tak jumpa. Beli baru.” Kata ayah aku.
“Tak nak beli baru. Nak pen tu
juga. Cari KaK Muni!”
“Degilnya. Dah tak jumpa dah lah!
Kak Muni tu istimewa. Dia mana kenal pen kawan awak pun.” Kata ayah aku dengan
nada agak tinggi.
“Ni susah ni ada kakak cacat otak
macam ni. Aku benci Kak Muni!”Tengking aku.
Lantas, aku halakan sebiji
penumbuk ke arah cermin tilik milik Kak Muni. Cermin tersebut pecah berderai.
“Cermin aku..” Kata Kak Muni
sambil menangis.
“Fari, awak pecahkan cermin Kak
Muni! Buatlah macam tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.” Kata
ayah.
Aku ambil kunci motor dan keluar.
Pen Biru GSOFT milik kawan ku, yang aku pinjam
hilang. Aku yakin Kak Muni yang hilangkan semasa dia mengemas meja belajar ku.
Kak Muni, satu-satunya kakak yang dilahirkan istimewa
dalam keluargaku. Kak Muni punyai fizikal yang normal. Tetapi dilahirkan dengan
akal yang cacat. Disebabkan itu, dia tidak dapat bertutur dengan baik dan
lambat. Namun begitu, dia banyak menolong ayah dan ibuku dari segi mengemas
rumah, lipat baju dan sapu sampah. Kak Muni kemas rumah dengan sangat rapi.
Tetapi, kelemahanya, dia sering termisplace.
Bila ditanya balik, Kak Muni tak tahu di mana barang itu dia letak sewaktu
mengemas.
--------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya, Allah. Kejamnya aku. Aku
kena minta maaf balik ni.” desis hati. Aku akui aku jenis yang cepat naik angin
bila barang aku hilang. Tapi aku tak tahu kenapa hari ini aku over
sangat. Hanya kerana sebatang pen, aku pecahkan cermin kakakku. Balik nanti aku
kena minta maaf dengan ayah, ibu dan Kak
Muni.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi Jumaat yang
indah. Seminggu selepas kejadian di atas berlaku. Detik keramat buat aku dan
keluarga. Aku ditimpa kecelakaan jalan raya. Aku dilanggar sebuah bas sekolah.
Aku koma selama hampir 3 bulan lebih. Dan bila aku sedar, seluruh tubuh gagal
berfungsi disebabkan kecedaraan otak sebelah kiri yang serius. Lama juga masa
yang aku ambil untuk semangat aku pulih dan kembali waras. Sekarang,
alhamdulillah, meskipun aku masih belum dapat bergerak dengan sempurna, keadaan
aku makin baik.
Terserah untuk semua
pembaca menilai cerita ini rekaan atau benar berlaku. Cuma kat sini aku nak
bagitau, setiap kali aku tengok tangan aku,
aku akan teringat kata ayah : “Fari, awak pecahkan cermin Kak Muni! Buatlah macam
tu. Nanti Allah tarik tangan awak. Baru awak tahu.”
0 comments:
Post a Comment