Tuesday 1 November 2016

AYUNI

Manusia hanya merancang,
Allah penentu segalanya.

Pagi hening di Tanah Perkuburan Felda Keratong 4. Mentari pagi memancarkan sinar dan haba suam.
Seorang gadis manis, berselendang hitam, berkaca mata dan berbaju kurung merah plain bersimpuh di suatu sudut kubur. Gadis itu adalah tamu pertama di Tanah Perkuburan Felda Keratong 4 hari itu. Sememangnya, gadis itu memilih waktu itu kerna dia mahu berseorangan menziarahi kubur Atuk tersayang. Gadis itu tidak mahu diganggu dan tidak mahu kehadiranya di Perkampungan Felda Keratong 4 diketahui semua orang kampung. Baginya, cukuplah orang kampung mengenalinya sebagai Anak Penagih Dadah Terencat, yang hadirnya tak dinanti, hilangnya tak dicari.

"Assalamualaikum, Atuk. Ayuni rindu sangat Atuk", hati Ayuni berbisik

"Atuk, Ayuni dah pandai baca Al-Fatihah dan Yasin. Ayuni bacakan dulu Al-Fatihah dengan Yasin untuk Atuk. Selepas itu, Ayuni cerita kat Atuk ke mana Ayuni menghilang selama sepuluh tahun ye. Atuk mesti nak tahukan." Ayuni menghentikan kata-katanya dan menyambung membaca AlFtaihah dan Yasin buat Datuknya. Seusai membaca Al-Fatihah dan Yasin, Ayuni menceitakan kehilangannya 10 tahun lalu selepas kematian Atuknya.

"Atuk, tahu tak, 10 tahun lalu, selepas beberapa hari Atuk pergi Ayuni nekad...." Memori 10 tahun menggamit kembali ke minda Ayuni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayuni adalah seorang budak Autisma. Apa yang dia mahu harus didapati. Semua orang tidak faham akan sikapnya. Orang kampungnya mengatakan dia terencat akal dan kerap memandang seong padanya Dia juga sering dimarahi dan diherdik oleh Mak Cik Som, ibu saudaranya, Pok Mat suami Mak Cik Som dan juga sepupu-sepupunya.

Ayuni tiada kawan rapat. Ayuni tiada sahabat baik. Ayuni si anak yatim piatu sejak lahir, tiada ibu ayah tempat mengadu dan bermanja. Semua manusia mahu jauh dengannya hanya kerna dia Anak Terencat yang dilahirkan oleh ibu bapa penagih dadah dan penghidap HIV.

Dalam semua manusia yang mahu menjauhkan diri darinya, Atuk merupakan satu-satunya manusia yang menerima baik buruk dirinya.Atuk merupakan satu-satunya manusia yang akan melindunginya apabila dia diherdik, dimarahi dan dipukul oleh manusia yang membencinya. Atuk adalah segala-galanya buat Ayuni.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Atuk, masih terngiang lagi ucapan terakhir Atuk di telinga Ayuni. Waktu itu, Ayuni berumur 15 tahun. Baru lepas kena pukul dengan Mak Som sebab berebut karipap dengan anak Mak Som. Ayuni teringin sangat nak makan karipap. Ayuni minta, mereka tak bagi. Ayuni pun rebutlah. Kena pukul teruk dengan Mak Som. Nasib baik Atuk balik kebun awal. Atuk terus bawa Ayuni keluar rumah Mak Som tanpa cakap apa-apa. Atuk bawa Ayuni naik motor buruk Atuk. Atuk bawa Ayuni pusing-pusing dalam ladang kelapa sawit. Hijau ladang kelapa sawit buat hati Ayuni tenang dan Ayuni berhenti menangis. Kemudian, Atuk berhenti motor di tepi Sungai Keratong. Atuk pimpin Ayuni ke tepi sungai. Atuk peluk Ayuni dan tiba-tiba Atuk menangis.t Atuk cakap kalau Atuk tiada nanti Atuk  minta Ayuni janji dengan Atuk yang Ayuni akan kuat. Atuk minta Ayuni yakin dengan Allah dan selalu doa bila Atuk tiada. Tak tahu kenapa hati Ayuni sedih. Rupanya, hari itu adalah hari terakhir Atuk. Esoknya Atuk meniggal dunia disebabkan kecelakaan Jalan Raya.. Motor yang dinaiki Atuk bertembung bas sekolah. Kehilangan darah yang banyak menyebabkan Atuk tidak mapu bertahan dan meninggal dunia", luah Ayuni.

"Atuk tahu, lepas Atuk meninggal, Mak Som halau Ayuni keluar sehelai sepinggan. Ayuni tak tahu mana nak tuju. Semua orang kampung tak ambil peduli tentang Ayuni. Ayuni bagai manusia yang tidak wujud disitu. Ayuni rasa tak kuat untuk menetap disitu bila Atuk tiada. Ayuni nekad untuk keluar Perkampungan Felda Keratong 4. Hari itu Ayuni berjalan tanpa henti mengikut gerak kaki melangkah. Seharian suntuk berjalan, Ayuni berasa penat sangat. Letih, dahaga dan lapar. Tiba-tiba pandangan Ayuni kelam. Bila Ayuni sedar, Ayuni berada di atas katil putih....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s: Malam ini mood Achik nak mengarang cerpen untuk Fufu penerbitan. Cerita ini akan bersambung.... Doakan Achik ye. Boleh komen untuk penambah baikkan:-)

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates