Sunday 16 October 2016

CANTIK ITU PILIHAN ATAU ANUGERAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



"Beb, cantik siot minah tadi. Kulit dia "flawless" gile. Hidung mancung dah macam ala-ala Pakistan. Tinggi lampai ala-ala artis Neelofa."

,"Mana tak nya wei, Mak dia kan Pakistan. Tu yang cantik."

"Untung la dah dianugerah cantik. Kita hmm...."

Hari ini Achik nak bahaskan isu kontroversi, cantik itu pilihan atau anugerah. Rata-rata orang mengatakan cantik itu anugerah jika seseorang itu mempunyai baka yang semulajadi cantik atau"mix". 

Tapi hakikatnya cantik juga boleh jadi pilihan jika kita pilih untuk menjadi cantik. Disini, achik ingin kongsikan beberapa tips bagaiman menjadi cantik jika anda memilih untuk menjadi cantik.

#Tips 1. Pastikan tubuh badan kita mendapat khasiat yang sempurna melalui diet yang sihat.

Diet yang sihat akan memberikan khasiat yang cukup. Khasiat yang cukup menyerlahkan kecantikan luaran. Bagaimana ia berlaku? Contohnya tubuh anda mendapat Vitamin C yang secukupnya. Secara saintifik, Vitamin C  berfungsi untuk memerangi kerosakan radikal bebas di dalam dan di luar sel. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting untuk memastikan keutuhan kolagen dalan badan kita. Kolagen yang utuh dan ketiadaan radikal bebas menyebabkan kulit kita tampil cantik dan sempurna. 

Namun hari ini, lambakan "junk food" dan produk makanan sintetik menyukarkan kita untuk mendapat khasiat sempurna untuk badan. Shaklee menawarkan produk supplemen kesihatan berasaskan alami yang memberikan khasiat yang secukupnya setiap hari untuk badan, 

Kat sini, achik sangat teruja untuk kongsikan GORGEOUS SET shaklee, bagi yang menginginkan kulit yang cantik. 
-Gorgeous Set: Vit C plus, Vitalea, ESP dan GLA.

#Tips 2. Merawat dan menjaga kulit wajah dan badan dengan produk kecantikan yang TIDAK BERBAHAYA.

Penjagaan kulit wajah adalah sangat penting memandangkan kulit wajah adalah bahagian yang paling mudah terdedah kepada sinar UV, habuk dan pelbagai lagi. 
-Pastikan set penjagaan wajah yang digunakan bersesuaian dengan jenis kulit muka (berminyak, kering, normal atau kombinasi) dan yang paling penting tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
- bersihkan kulit wajah selepas melakukan aktiviti luar dan sebelum tidur
- memakai pelembap setiap pagi dan sebelum tidur.
-memakai "sunblock"  apabila melakukan aktiviti luar.
-melakukan scrubbing 2 kali seminggu. Scrubbing adalah penting untuk membuang sel-sel kulit mati. 
-Elakkan memakai produk penjagaan kulit yang bercampur dan elakkan kekerapan menukar produk.


#Tips 3. Dapatkan postur badan menarik dengan memperuntukkan waktu untuk bersenam.

Achik sekarang tengah teruja untuk mengempiskan perut, pinggul dan kaki, sebab sekarang achik tengah merancang untuk mendapat postur badan cantik, hehehe. Sape yang kenal ahik, mereka tahu achik agak chubby sedikit.  Dari pembacaan Achik senaman squat yang berterusan untuk setiap hari akan memberikan kesan yang paling cepat. Jom kita bersquat challenge. Hari ini achik dah buat squat 55 kali. Esok nak up lagi.



OK, sampai sini dulu.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 achikmelur
| Distributed By Gooyaabi Templates